Followers

ziddu

Thursday, July 26, 2012

Berpindah ke tapak baru bermula 1 Ramadhan | www.suhazeli.com


Thursday, July 26, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1

Monday, July 09, 2012

Perubatan Moden dan Ruqyah Syariyyah


Perubatan Islam selalu disalah tafsir oleh kebanyakan orang. Mereka menganggap bahawa perubatan Islam itu hanya dengan menggunakan bacaan jampi (Ruqyah) semata-mata. Pemahaman yang mengatakan perubatan Islam hanya ruqyah tanpa melihat bahawa perubatan Alopati juga salah satu yang diiktiraf dalam Islam perlu dihindarkan dalam masyarakat kita.
Jika kita melihat kembali sirah Rasulullah SAW yang menerima perubatan Rom dan Parsi semasa hayat Baginda, Rasulullah tidak menolak kaedah perubatan tersebut. Malah menggunakan kaedah ubat-ubatan itu untuk merawat Baginda. Sila ikuti ulasan dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin seperti berikut:

Bukti kajian yang dijalankan oleh para pengamal perubatan amat penting bagi menjamin keberkesanan sesuatu ubat. Bukti-bukti ini dikumpulkan bukan hanya dalam kajian makmal malah diuji ke atas individu manusia. Kaedah pembuktian ini diberi nama Evidence Based Medicine (Perubatan berdasarkan Bukti). Perubatan Alopaty menjadikan Evidence Based Medicine ini sebagai penanda aras untuk beramal. Ianya bersesuaian dengan Sunnatullah dimana Allah menjadikan sesuatu berdasarkan sebab dan akibatnya. Sebagai contohnya sunnatullah menyatakan bahawa gula itu manis dan sesiapa yang memakannya akan terasa manis. Bagi pesakit kencing manis, kandungan guka darah akan meningkat jika mengambil gula. Ini adalah hukum akal secara sunnatullahnya sedemikian. Jadi ubat kencing manis yang dikaji oleh para pengamal perubatan membuat kajian tertentu samada ianya bersumberkan dari bahan semulajadi atau sintetik untuk menurunkan paras gula tersebut. Para pengamal perubatan yang menjalankan kajian akan membuat catatan demi catatan mengenai sesatu bahan yang digunakan untuk mengubat sesuatu penyakit. Pengumpulan catatan inilah yang diberi nama EBM tadi. Ianya tidak lari dari apa yang ditentukan oleh agama. Berikut adalah slide penuh ceramah yang disampaikan:
Ruqyah Syari’ah

Monday, July 09, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi


Bahan ceramah yang disampaikan disatu jemputan syarikat pembinaan. Motivasi kepada para pekerja. Semoga mendapat manfaatnya.
Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi

Monday, July 09, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, June 30, 2012

Mindanao-Daerah suci yang memerlukan sentuhan


Tiga tahun berturut-turut saya menjejakkan kaki ke Mindanao. Tahun pertama di Daerah Basilan sempena misi Qurban dan Aqiqah bersama Yayasan Amal Malaysia. Tahun kedua misi yang sama di Daerah Islam Marawi, tengah Mindanao, dan kali ketiga bersama pelajar perubatan USM Kubang Kerian untuk menjalankan kajian dan khidmat komuniti.
Mindanao adalah wilayah autonomi muslim di Filipina. Terletak di kepulauan selatan Filipina lebih kurang seribu kilometer dari Manila. Perjalanan antara kepulauan Filipina kebanyakan menggunakan penerbangan udara. Penduduknya adalah serumpun dengan melayu. Menggunakan bahasa magindanao yang hampir 30% menyerupai bahasa rumpun melayu-indon. Kedudukan sistem ekonomi yang rendah dan sukar mendapat keperluan asas, adalah punca utama penduduk berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dari Manila.
Walaupun diberi timangan wilayah autonomi, namun mereka masih lagi diselubungi pemerintahan Manila. Perjanjian autonomi yang sepatutnya berlangsung dua tahun lalu, hanya digantung tidak bertali oleh pemerintahan Manila. Menurut sumber, Malaysia menjadi negara utama yang mengusahakan pelan damai diantara perjuangan Bangsamoro Mindanao dengan kerajaan Manila. Namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Penangguhan demi penanguhan oleh Kerajaan Filipina untuk melepaskan Mindanao dari ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan tempatan Bangsamoro.
Sejak perjuangan oleh Masuari dari kumpulan Pembebasan Kebangsaan Moro (Moro National Liberation Front- MNLF) sehinggalah kepada kumpulan Pembebasan Islam Moro (Moro Islamic Liberation Front- MILF) oleh Ustaz Selamat Hashim, semuanya menuntut kemerdekaan dari Filipina. Sudah berapa ribu jiwa telah terkorban demi mencapai kemerdekaan.
Rakyat Mindanao memerlukan sentuhan dari bangsa serumpun seperti melayu Islam bagi meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka. Mungkin dari sudut politik, Malaysia perlu memainkan peranan lebih bersungguh bagi mencari jalan penyelesian yang tidak berkesudahan itu.
Rakyat biasa seperti kita boleh membantu dengan meningkatkan lagi hubungan komuniti melalui khidmat yang boleh dijalankan di sana. Setakat rekod yang saya dimaklumkan oleh Dr Safrullah M Dipatuan, Pengerusi Agensi Pembangunan Bangsamoro (Bangsamoro Developement Agency- BDA), hanya Yayasan Amal Malaysia dan Cansuyu Turki yang menjalankan khidmat komuniti di Mindanao. Khidmat komuniti yang paling utama adalah Qurban dan Aqiqah semasa musim raya Qurban. Bagi Yayasan Amal Malaysia, sudah lapan tahun secara berturut-turut menjalankan khidmat ini.
Khidmat komuniti kali ini adalah melibatkan pemeriksaan status kesihatan penduduk yang terpencil. Mereka adalah para pelarian perang dan mangsa banjir besar januari lepas. Pihak Yayasan Amal mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan kerana memberi kepercayaan kepada Amal untuk menguruskan program elektif pelajar perubatan tahun tiga. Delegasi yang disertai oleh lapan pelajar perubatan, lima Relawan Amal dan diiringi oleh dua pensyarah pengiring. Dua lokasi utama yang telah dikunjungi untuk mengadakan saringan & pemeriksaan kesihatan dan pemberian ubat-ubatan. Dalam masa yang sama pelajar perubatan USM mengadakan soal selidik yang melibatkan status kesihatan penduduk, kebersihan mereka dan pemakanan.
Secara umumnya penduduk Wilayah Marawi dan Wilayah Illigan Mindanao ini amat sukar memperolehi kemudahan kesihatan. Tambahan pula kos perubatan terlalu mahal. Hospital kerajaan pula tidak mempunyai kelengkapan yang sepatutnya. Sumber tenaga manusia di hospital-hospital kerajaan juga terhad. Tidak semua kepakaran dalam bidang-bidang perubatan boleh disediakan disana.
Diperkampungan Norhaya Marawi, mempunyai kepadatan penduduk mencecah 20 ribu orang. Mereka tidak mendapat pelalian vaksin yang secukupnya. Mereka lebih mempercayai sistem perubatan traditional dari perubatan moden. Mungkin akibat dari kekangan kos perubatan yang tinggi. Cuba bayangkan ibu-ibu yang akan melahirkan anak akan diurus oleh bidan tradisional dengan pembayaran seminima 300 Peso (RM25), jika dibandingkan bersalin di hospital kerajaan mencecah kos 3000 Peso (RM250).
Dengan kehadiran deligasi Amal sebegini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan penduduk setempat di Mondanao. Sesungguhnya khidmat-khidmat komuniti seperti ini terlalu bermakna oleh mereka.

Saturday, June 30, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, June 25, 2012

Dr Muhammad Morsi Presiden Baru Mesir


Dengan jumlah kemenangan majoriti simple, Alhamdulillah kemenangan secara demokratik diberikan kepada Dr Muhammad Morsi. Sebagai rakyat Malaysia yang pernah berkunjung ke Mesir, bersyukur atas kemenangan ini. Kita mengharapkan episod-episod seterusnya menjanjikan kemenangan jitu dipihak Islam. Walaupun beberapa kekangan dari pihak tentera yang sukar melepaskan tengkuk penguasaan mereka, namun kuasa rakyat dan ketentuan Allah boleh menentukan segala-galanya.


Sedarlah sahabat pihak musuh tidak akan senantiasa duduk diam dalam mematikan cahaya Islam. Allahlah yang akan menjaga obor cahaya Islam itu supaya kekal, walaupun dibenci oleh musuh-musuh. Justeru, daftarlah diri kita menjadi pembantu serta mata rantai bagi kemenangan Islam atas muka bumi ini.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau dibunuh. Itulah janji yang benar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111)
FirmanNya lagi; “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan gandaan yang banyak.” (Al-Baqarah:245)
Apabila Abu Darda’ mendengar ayat ini, dia merasakan tidak ada pilihan lain melainkan bersedekah dengan hartanya yang paling dikasihi lagi berharga.Begitulah kita lihat tarbiyah Nabawiyah yang dinikmati oleh para sahabat secara praktikal.Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu telah mengorbankan dan membelanjakan seluruh hartanya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya kepadanya: “Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?” Lalu beliau menjawab: “Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya.”Suhaib Ar-Rumi telah mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki demi untuk menolong agama Allah. Lantas Allah menurunkan untuknya dan orang yang sepertinya ayat Al-Quran yang dapat dibaca.
Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala;“Dan di antara mereka ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.”  (Al-Baqarah: 207)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyambutnya seraya bersabda;“Beruntunglah perniagaan kamu, wahai Suhaib”Mus’ab adalah pemuda yang kaya lagi dimanjakan keluarganya mengorbankan semua yang ada padanya dan menjadi satu tanda daripada bukti-bukti jihad kepada syabab (pemuda) Muslim pada setiap zaman.
Begitu juga para Sahabiyat r.a. yang melakukan pengorbanan untuk Islam. Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma’ dan lain-lain. Mereka semua mempunyai sikap yang telah termaklum, kehidupan yang dimakmurkan dengan melakukan pengorbanan yang bernilai. Sejarah para sahabat dipenuhi dengan kisah-kisah pengorbanan dengan harta dan jiwa demi memenangkan agama Allah.

Monday, June 25, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, June 14, 2012

Al fatihah; Perginya seorang murabbi


Innalilillahiwainna ilaihiraajiuun, perginya seorang murabbi yang gigih.

Thursday, June 14, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, June 12, 2012

Belajar dari perjalanan alam


Anak-anakku,
Hidup ini ada duka dan ria
Bagi menghiasi dunia semesta
Disaat kita bergembira di bawah lampu neon
Namun ada lagi insan dihujung dunia sengsara.
Anak-anakku,
Belajarlah dari pengalaman hidup alam ini,
Bagi mendewasakan kita
Bagi memanusiakan kita agar menjadi manusia sejati
Lihatlah alam ini seluas-luasnya
Ambil iktibar agar bawa ibadat
Pohon dunia akhir kita tidak sengsara
Lihatlah potret alam yang ayah nukilkan ini
Insaflah....

Tuesday, June 12, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, May 29, 2012

Terengganu Darul Iman


Sesuai dengan namamu, ku pohon agar rakyatnya jua menjadi manusia yang beriman. Jauhkanlah dari gejala maksiat di merata-rata.

Tuesday, May 29, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, May 27, 2012

Budayakan Ilmu dan Intelek di Kalangan kita


Mari kita melihat dan merenung firman Allah Taala dalam surah Al Anfal ayat 60 yang bermaksud:
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."

Ayat ini dimasukkan kedalam logo Jemaah tersohor dunia Ikhwanul Muslimin. Justeru memberikan peringatan kepada kita yang berpegang kepada perinsip berjemaah bahawa kita mesti menyediakan kelengkapan jemaah sedaya mampu dengan kekuatan bagi menangani musuh.
Dizaman kini setakat yang mampu kita bentangkan kepada masyarakat adalah informasi atau perkataan lainnya adlah ilmu. Kita sebagai pendokong jemaah Islam perlu menyuburkan dikalangan kita budya ilmu ini. Kita membina kekuatan peribadi dan jemaah dengan ilmu yang mantap. Lantas kita menyebarkannya dengan kaedah yang baik.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik... "
Surah an-Nahl, 125

Sunday, May 27, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, May 14, 2012

Kursus Statistik dan SPSS


Esok akan bermula kursus spss peringkat Jknt. Maka akan berasaplah kepala ni dengan data-data. Pening juga nak handle lagu mana esok. Namun buku ringkas ni sempat saya siarkan untuk perkongsian ilmu bersama.Dr Suhazeli's files and Important Notes: Buku Panduan Kajian Saintifik, Statistik dan Pengenalan SPSS
Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 14, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 2

Tuesday, May 01, 2012

Mohammad Syawabi Pemuda Ikhwanul Muslimin yang kental


Sehingga 'mati syahid' di penjara, tidak mendedahkan rahsia
Dia dididik oleh Iman Hasan albannar dan dia pernah menjadi sukarelawan perang Ikhwan Muslimin dalam perang Terusan Suez (gambar) dan perang Palestin, mempertahankan bumi palestin masa kuasa barat masuk pakat nak rampas bumi palestin untuk membentuk negara haram israel.

Masa itu beliau berumur sekitar 24, 25 tahun, seorang mahasiswa fakulti syariah di universiti al-azhar, Mesir,.

Bila balik dari medan perang, sepatutnya kerajaan mesir kena bagi penghargaan kepada sukarelawan perang yang berlakunya bukan sekadar dia tidak bagi pernghargaan sukarelawan-sukarelawan perang yang memperjuangkan bumi umat islam, jaga agama. tetapi bila balik, tentera mesir buru,

Ada yang kena tangkap, kena tangkap masuk dalam jail, ada yang kena seksa sampai mati dalam jail,  ada yang kena hukum gantung,ada yang sempat lari, lari menyelamatkan diri. 

Antara yang sempat larimenyelamatkan diri, adalah Muhammad asSyawabi, yang lari, dia sembunyi di suatu tanah perkuburan. siang hari dia sembunyi, malam hari dia keluar cari makanan. makanan yang orang buang dalam tong sampah, makanan yang lebihan tu, dia gi cari kutip makan. bila hari cerah, dia lari daripada dunia luar, gi sembunyi d tanah perkuburan. 

Satu bulan lamanya begitu. siang hari sembunyi di tanah pekuburan, malam hari dia gi cari makanan. dia bukan penjenayah,dia bukan perompak,dia bukan bunuh orang, dia bukan rogol orang. kesalahan yang dia buat di mata presiden  Gamal Abdul Nasir pada ketika itu, kerana dia pernah menjadi sukarelawan perang ikhwan, berjuang di medan perang palestin.

Sebulan lamanya dia duduk macam itu, akhirnya, dia pergi minta tolong dengan ulama' yang mulia. nama Sheikh Hasanain Muhammad Makluf . masa itu dia adalah Mufti Mesir. 

Muhammad asSyawabi ni gi ketuk pintu rumah dia, ketuk pentu, bagi salam. Sheikh Hasanain buka pintu tengok, ada seorang anak muda di luar , rambut panjang tak terurus, tubuh cengkong, kurus kering, janggut misai tak terurus, gaya seorang yang sembunyi di tanah perkuburan.

Sheikh Hasanain sebagai ulama' yang mulia, dia mempersilakan anak muda itu masuk walaupun tidak dikenali. dia suruh bersihkan diri,bagi pakain baru, hidangkan makanan, dia tengok anak muda ini makan dengan begitu lahap sekali. seolah-olah dia ni lama sangat tak jamah makanan. 

Lepas makan, Sheikh Hasanain ni tanya wahai anakku, siapa nama kamu, dari mana kamu,sebab apa kamu jadi begini. muhammad asyawabi ni cerita dia kata nama saya muhammad asyawabi, saya ni mahasiswa fakulti syariah,umiversiti al-azhar, mesir, sukarelawan perang yang pernah berjuang di medan perang palestin.

Sekarang saya (AsSyawabi) sedang berhadapan dengan ujian yang sangat berat, diburu oleh pemerintah. sebulan lamanya saya bersembunyi di tanah perkuburan, siang hari saya sembunyi, malam hari, saya pergi cari makanan yang orang buang sisa-sisa yang orang buang di dalam tong sampah. saya benci hidup bersama-sama demgan orang mati,saya nak hidup dengan orang yang hidup. sudikah tuan terima dan memberi perlindungan kepada saya. muhammad asyawabi ni minta satu permintaan yang sangat berat,  kerana undang-undang zaman Gamal abdul nasir ketika itu menyatakan siapa yang melindungi anggota ihkwan yang sedang menjadi buruan pemerintah akan dihukum dengan 15 tahun penjara serta kerja berat. 

Maknanya kalau mufti mesir itu terima asyawabi ni jadi tetamu rumah dia dan dia bagi perlindungan kepadanya, hukuman penjara 15 tahun dan kerja berat tunggu dia, tapi anak-anak mufti mesir berkata wahai ayah,islam ajar kita, kalau orang datang minta tolong, kita kena tolong  dia, yang lain kita serah saja kepada Allah. anak dia bagi pandangan kepada ayah dia, jadi bila anak dia bagi pandangan gitu, mufti mesir kata, takpe lah kita terima dia.jadi duduk lah muhammad asyawabi ni di rimah mufti mesir, dia tukar imej dia, janggut, misai, tukar nama dari muhammad asyawabi ke sodiq afendi. biar orang tak kenal. dia kerja sebagai pembantu peribadi mufti mesir, 

Sebab dia ni budak jurus, mahasiswa fakulti syariah, dididik secara langsung ileh iman hasan albannar, ilmu dia tinggi, akhlak dia tinggi, budi-pekerti dia mulia, mufti sayang kat dia, kerja-kerja mufti mesir dia boleh buat. Lapan bulan dia kerja dengan mufti mesir, sehingga akhirnya dia minta izin nak gi berhijrah ke Arab saudi, dia kata dia tak sanggup lagi diburu, dia nak hidup sebagai orang bebas di Arab saudi.

Mufti Mesir cuba menghalang, tapi dia berkeras akhirnya mengizinkannya. dan turunlah dia berjalan ke perlabuhan nak naik kapal situ, nak menuju ke Jeddah untuk dia berhijrah ke Arab saudi. Mufti pesan kalau samapai kirim lah pesanan kabo sampai ketak, duk mane,macam kita biasa.  tunggu lah muhammad asyawabi gi jalan pada suatu pagi. 

Selepas itu keluarga mufti mesir tunggu lah berita, lepas 1hari, 2 hari, seminggu,sebulan. 2 bulan. tak dok berita muhammad asyawabi sampai ke tak, hidup ke mati,takdop berita, tak dok siapa tahu. sehingga lah selepas 2 bulan, menantu kepada mukim mesir ni Dr Suhaib alhudaibi anak kepada mursyidul am ikhwanal muslimin ketika itu, ustaz hassan alhudaibi yang sedang berada di penjara. 

Dia (Suhaib) dengar satu siaran daripada radio inggeris  yang mengatakan tentera mesir berjaya menahan 2 orang pemuda ikhwan ketika 2 pemuda ikhwan nak naik kapal di pelabuha. Berita tu tak kabo nama siapa, cuma tanggapan mereka salah seorang yang kena tangkap adalah muhammad asyawabi, yang pernah duduk di rumah mereka. 

Lalu anak dia kata kepada Mufti, tak ada apa lah kita ayah, lepas ni tunggu polis mari ambil lah kita, sebab pada anggapan mereka, muhammad asyawabi ni di tangkap, polis akan soal siasat, polis akan dera dia. di antara soalan yang tentu polis tanya, siapa yang melindungi kamu sebelum ini, tu soalan wajib di tanya.

Anak -anak mufti mesir ni siap kemas baju ayah dia letak dalam beg untuk ayah dia bawak gi ke penjara, tunggu 1 hari takdop polis mari, seminggu,sebulan takdop.lepas kesudah polis tak mari tangkap mukim mesir ni lagi pelik, betul ke muhammad asyawabi kena tangkap ni. benda ni kekal dalam rahis sehingga lah selepas kematian presiden Gamal abdul nasir, (bila) tahanan-tahanan ikhwan dipenjara ni dibebaskan, yang keluar tu baru ada cerita sebenar.

Ada seorang tahanan ikhwan nama dia wahbil shaifawi, dia keluar dia cerita,dia ditahan lebih dulu daripada muhammad asyawabi, muhammad asyawabi di tanggkap selepas dia, asyawabi di masukkan dalam bilik kurungan sebelah dengan bilik kurungan dia, kalau nak banding dengan kami, dia yang paling teruk kena seksa, dia dipukul sepanjang malam,diseksa, dan sangat menakjubkan apabila tukang seksa tanya satu soalan, tapi tukang seksa tak dapat jawapan ssehingga ahmad asyawabi ni mati syahid.

Dia (tukang seksa) tanya siapa yang menjaga kamu, di mana kamu dapat perlindunga selama ini, dia tak jawab, dia jawab dengan membaca ayat-ayat alquran sehingga tukang seksa itu geram, dia patahkan tulang belakang asyawabi, dipukul sehingga seluruh tubuh dia dipenuhi dengan darah, dan dia dalam keadaan yang sangat tenat. 

Pada suatu malamyang sangat gelap, tiba-tiba lampu penjara ditutup , dan nampak pegawai penjara bungkus jasad seseorang di dalam kain selimut dan dibawa keluar, apabila lampu penjara dihidupkan balik, dilihat bilik kurungan asyawabi ni kosong, saya (Wahbil) yakin dia telah bertemu Allah sebagai syuhadah.

Berita ni lama nak boleh ke orang tahu, orang tahu selepas Gamal andul nasir mati. Apabila mufti mesir dengar berita itu dia menangis, dia kata sungguh ini dia tarbiyyah islam yang betul, saya (Mufti) tidak sangka dia sanggup menahan seksaan yang sebegini hebat semata-mata untuk melindungi kami sekeluarga. patutlah dia tunggu polis tangkap dia, lepas ke sudah polis tak mari, rupanya muhammad asyawabi ni tak cerita sampai ke dia mati, siapa yang menjaga (melindungi) dia.

Ini generasi yang dididk lansung oleh iman hassan albannar seorang anak muda yang begitu berani, memoertahankan akidah dia,mempertahankan orang yang melindungi dia,walaupun kesudahanya dia pergi bertemu Allah sebagai syuhadah.

**** Ucapan Dr Azman Ibrahim, AJK Perhubungan PAS Terengganu, Naib YDP PAS Setiu, Himpunan KOMPAS, 18 November, 2011
Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 01, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, April 28, 2012

Sejarah negara tercatat dengan pelbagai penafsiran pada 28 April 2012


Terlakar satu sejarah negara pada hari ini. Kemelut perjuangan menentang kezaliman dan ketidakadilan oleh jiwa-jiwa bersih bagi melihat sistem negara teratur dan aman.
Pelbagai penafsiran boleh dibuat. Bergantung kepada sudut dan acuan mana tafsiran itu.

Perhimpunan yang pada awalnya aman tenteram, bertukar menjadi ganas dengan semburan air kimia dan gas oleh pihak fru.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 28, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, April 20, 2012

Suami, isteri dan laman sosial


Dari: http://syahirul.com,
Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah: 
1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun-akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gambar, nota dan segalanya yang terdapat di dalamnya?

Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).
Di antara yang dipesan oleh Rasululllah s.a.w ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi). Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadith tadi.

2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan mahram walaupun atas dasar berkawan?
Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul dengan wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia termasuk dalam kewajipan mencegah mungkar (atau menutup ruang kepada mungkar) dengan kuasa yang dimiliki. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa dari kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (Hadith Riwayat Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri). Menurut ulama, antara maksud mencegah dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang berkuasa keatas ahli-ahli keluarga.

3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk menjadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan mahram melalui jaringan sosial atau email seperti diatas?
Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini sebagaimana kata Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar). Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.

4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan sosial atau email?
Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.

5. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian? 
Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ” “Cemburu ada dua, satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadith ini sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadith no. 5783). Menurut ulama, maksud cemburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier). Di dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadith Riwayat Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar). Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah dengan siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).

Wallahu a’lam.

Rujukan:
1. Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, 10/172.
2. Faidhul-Qadier, Imam an-Minawi, Syarah hadith no. 5783.
3. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abd Rahman al-Jazairi, juz 5.

P/S: Isteri buat la persetujuan dengan suami jika dia nak password email atau lain-lain akaun laman sosial anda, suami pun kena bagi password dia juga, baru adil kan? Kalau tiada apa yang salah dan nak disembunyikan, buat apa dia nak takut? Tolak ansur tu sangat-sangat penting.

Friday, April 20, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, April 12, 2012

Hukum Penubuhan Bank Susu



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Penubuhan Bank Susu. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlulah dielakkan.
 
Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkaitrapat dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
 
Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha’ bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Juga berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لا رِضَاعَ إِلا مَا شَدَّ الْعَظْمَ وَأَنْبَتَ اللَّحْم
رواه أبو داود
                                                                                    
Maksudnya:
Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.
 
Sehubungan itu, memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram, dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan.
 
Muzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, juga ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta perderma perlu mengenali antara satu sama lain.

Thursday, April 12, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, March 29, 2012

Bolehkah menggugurkan Kandungan Kerana Kemiskinan?


Dr Zulkifli Al Bakri
dr_zul_al-bakriNILAI 27 Mac: Pertamanya, saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan dalam ruangan Malaysiatransform ini yang bersifat ilmiah atau separa ilmiah. Jawapan yang dikemukakan ini bukan untuk menunjukkan kekuatan ilmu dan musabaqah fatwa tetapi lebih kepada menekuni permasalahan yang menjadi persoalan dalam masyarakat.
Penulis insya Allah seupaya mungkin akan mengemukakan jawapan berdasarkan persoalan diajukan dengan dalil dan nas serta pendapat ulama agar ianya menepati kehendak dan neraca Islam sendiri. Penulis berhasrat untuk menjawab satu persoalan setiap hari mengikut waktu dan masa yang terluang memandangkan mutakhir ini begitu mencengkam dengan pelbagai aktiviti yang mesti dilaksanakan.
Penulis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana tokoh ashab al-fadilah yang sudi mengemukakan pendapat jika jawapan yang diberikan perlu kepada pembetulan dan penambahbaikan. Semoga niat suci ini akan diberi pahala oleh Allah dalam mizan hasanat kita semua. Amin.
 Soalan Pertama:
Bolehkah menggugurkan kandungan kerana kemiskinan?
Jawapan:
Ayat-ayat dalam surah al-An’am 151 dan ayat 31, begitu juga ayat-ayat dari surah al-Isra’ seperti yang dibawa terdahulu adalah ayat yang jelas melarang pembunuhan kerana kemiskinan.
Menurut tafsiran Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi mengenai ayat-ayat tersebut di atas beliau menyatakan bahawa menanam anak kecil hidup-hidup memang pernah berlaku di zaman Jahilliyah. Agama Islam kemudiannya melarang perbuatan tersebut sesuai dengan firman Allah SWT:
Ÿwur (#þqè=çFø)s? Nà2y»s9÷rr& ïÆÏiB 9,»n=øBÎ) ( ß`ós¯R öNà6è%ãötR öNèd$­ƒÎ)ur 
Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka.
(Surah al-An’am: 151)
Persoalan di sini ialah mengenai kemiskinan dan membunuh anak-anak yang masih kecil. Kemudian datang pula firman Allah SWT:
Ÿwur (#þqè=çGø)s? öNä.y»s9÷rr& spuô±yz 9,»n=øBÎ) ( ß`øtªU öNßgè%ãötR ö/ä.$­ƒÎ)ur 
Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.
(Surah al-Isra’: 31)
Ayat ini menggambarkan bahawa adalah haram membunuh anak-anak kerana kemiskinan yang sedang dialami. Sebab itu Allah SWT mengatakan bahawa Dialah yang sebenarnya memberi rezeki dan termasuklah anak-anak tersebut. Biasanya apabila seseorang itu miskin, dia akan menguruskan rezekinya terlebih dahulu, kemudian barulah dia mencari rezeki sesiapa yang datang sesudahnya dari anak-anak dan isteri.
Maka orang miskin yang sibuk menguruskan rezekinya itu takut hendak beristeri kerana khuatir isteri dan anak-anak yang akan hadir dalam hidupnya akan menyebabkan rezekinya tidak cukup untuk mereka. Namun pada hakikatnya Allah SWT telah menetapkan rezeki mereka masing-masing. Mereka tidak akan merampas rezeki orang lain walau sedikitpun.
Manakala pada ayat yang kedua pula, Allah SWT menyatakan tentang jenis manusia yang mahu membunuh anak-anak kerana takutkan kemiskinan. Manusia seumpama ini sebenarnya tidaklah begitu sibuk menguruskan rezekinya kerana rezeki yang diperolehinya adalah mencukupi kadar yang diperlukannya. Tetapi dia bimbang, jika beristeri dan mendapat anak, dia akan menjadi miskin, kerana anak-anak itu akan berkongsi dalam rezeki yang ada padanya, sehingga rezeki yang dinikmatinya itu tidak mencukupi lagi. Lantaran itu ia enggan mendapat anak, kerana si anak itu seolah-olah akan merampas rezekinya, dan menjadikannya miskin. Sebab itulah Allah SWT meyakinkan bahawa Dialah yang memberi rezeki bukan semata-mata atas usahanya.
Jadi maksud ayat pertama, ialah orang itu sangat mashgul (sibuk) dengan urusan rezekinya sendiri kerana dia seorang miskin. Manakala pada ayat kedua pula, orang itu tidak miskin, tetapi dia bimbang akan menjadi miskin, jika dia mempunyai anak dengan anggapan anak itu akan mengambil sebahagian dari rezekinya sehingga menjadikan dia miskin. Allah SWT telah memberi jaminan bahawa anak-anak itu tidak akan merampas rezekinya dengan Firmannya yang bermaksud: Kamilah yang memberi mereka rezeki dan kamu juga.
Dengan penjelasan ini dapatlah difahami bahawa jika kita dikurniakan anak, maka rezeki yang telah ditetapkan Allah SWT itu tidak akan dibahagikan antara kita dengan anak kita. Masing-masing telah mempunyai rezekinya yang tersendiri. Oleh yang demikian, jika seseorang anak dibunuh, rezeki yang lebih banyak tidak akan dapat diperolehi dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kedua-dua ayat ini menjelaskan bahawa membunuh anak kerana kemiskinan adalah haram termasuklah janin sepertimana yang telah dihuraikan di atas.
Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang mencari mardatillah sehingga melayakkan kita menghuni syurganya. Amin.

Thursday, March 29, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, March 27, 2012

Sejarah dan Liku Perjuangan Vaksin Bahagian 3


Penolakan pelalian vaksin dikalangan masyarakat Melayu Islam akhir-akhir ini semakin meluas. Antara alasan mereka adalah vaksin mengandungi unsur tidak halal, secara spesifiknya bersumber dari babi. Terdapat segelintir mereka menolak pemberian vaksin kepada anak-anak mereka kerana tidak mahu bahan asing masuk ke tubuh anak-anak mereka. Mereka lebih mempercayai berubat secara semulajadi dengan mengambil herba-herba tertentu. Dakwaan mereka menyatakan bahawa herba-herba tertentu lebih baik dari vaksin dalam melawan penyakit.
Kita mempunyai hak untuk berbeza pandangan, namun jangan sesekali pandangan kita menafikan pandangan sisi yang berlainan dengan kita. Sesuatu pegangan yang kita pegang sudah pasti mempunyai asas yang kukuh. Bukannya kepercayaan nipis yang tidak ada bukti secara berdalil atau akal. Apabila kita sudah ada asas sebagai bukti, barulah kita boleh memberi pandangan kita dan memaksa orang lain menerimanya.
Terdapat beberapa tulisan blog dan laman web yang menentang pemberian vaksin. Bukan tujuan sebenar saya menulis ini untuk menjawab segala dakwaan dalam blog tersebut, tapi setidak-tidaknya menjawab sebahagian kemusykilan yang telah ditimbulkan. Banyak fakta yang dikaitkan dalam blog tersebut. Tidak sempat saya mengkaji dan mentelaah semuanya. Kerja lain lebih utama dari bertumas dengan penentangan yang tidak berkesudahan ini. Dunia perubatan terdiri dari Perubatan Moden (Alopathy), Perubatan Natraseutikal/suplemen (Herbalis dan Hemopathy) dan Perubatan Tradisional/Komplimentari.
Perubatan Moden mengiktiraf semua kaedah perubatan tersebut. Namun perubatan moden menjadi lebih superior kerana segala kaedahnya berdasarkan pembuktian saintifik (Evidence Based Medicine). Boleh lihat ulasan saya berkaitan dengan EBM:
  1.  http://suhazeli.blogspot.com/2010/04/perubatan-alternatif-perubatan.html
  2. http://suhazeli.blogspot.com/2009/05/perubatan-berasaskan-bukti-sains-adalah_23.html.
Apa yang saya perhatikan melalui blog/laman web berkenaan adalah lebih kepada artikel perubatan Natraseutikal/Hemophaty yang fanatik, menentang perubatan moden. Ini adalah bersalahan dari disiplin ilmu perubatan.
Segelintir kecil pesakit saya memberi hukum haram kepada pemberian vaksin. Ramai juga terikut-ikut dengan fahaman ini. Apabila di tanya “di mana bukti?” Mereka terpinga-pinga dan cuba menjawabnya dengan mencari alasan-alasan yang rapuh. Kefahaman ini meniti dari mulut kemulut yang menyatakan bahawa vaksin itu haram kerana mengandungi babi.
Satu hari saya telah disua oleh seorang pesakit satu buku yang menjadi hujah beliau sebelum ini. Buku tersebut bertajuk “Ubat dari Sumber Babi dan Pilihan Alternatif” karangan Abdul Rahman. (Keluaran H. Science Solution, Kuala Lumpur tahun 2010). Buku ini boleh diperolehi dari www.kedaibuku.net. Saya amat teruja dan tertarik dengan pemberian buku tersebut dari seorang pesakit yang selama ini saya segani.
“Bacalah doktor”. Ujarnya sambil menghulurkan buku tersebut seolah-olah mengharapkan suatu fenomena baru dalam hidup saya yang selalu berbincang dengan beliau mengenai halal haram dalam dunia perubatan. Beliau secara spesifik mengesyorkan kepada saya beberapa mukasurat tertentu dalam buku tersebut yang menjadi perbincangan hangat mengenai vaksin. Sekaligus menjadi asas kepada pegangan beliau selama ini. Kehadiran buku ini menjadi satu dimensi baru dalam diri saya sebagai Pakar Perubatan Keluarga.
Namun saya tidak pasti samada sesiapa yang membacanya faham dan membuat sedikit pertanyaan kepada pihak yang berkenaan. Saya juga tidak pasti samada pesakit saya tadi membacanya sampai habis dan memahami kandungan yang disampaikan oleh pengarang. Sebagai contohnya dalam bab 7 menerangkan berkaitan ubat daripada sumber yang meragukan dan pilihan alternatif yang ada. Tidak dinafikan ubat yang dinyatakan dalam bab tujuh tersebut mengandungi bahan-bahan yang meragukan termasuk bahan bersumber dari babi. Sebagai contoh vaksin AttenuvaxTM keluaran Merck & Co, Amerika Syarikat bagi mencegah penyakit campak (Measles). Vaksin AttenuvaxTM mengandungi gelatin babi terhidrolisis 14.5 mg, albumin manusia 0.3 mg dan serum janin lembu <1 ppm[i].
Kementerian Kesihatan tidak menggunakan vaksin AttenuvaxTM tersebut. Vaksin yang digunakan adalah PriorixTM yang digunakan bagi mencegah Campak (Measles), Beguk (Mumps) dan Rubella. Ia bersumberkan dari kultur tisu ayam dan kultur sel manusia[ii]. Sekali lagi saya tidak pasti samada mereka yang menentang vaksin di premis kesihatan membaca dengan teliti kandungan buku ini. Setidak-tidaknya bertanya samada premis kesihatan negara kita menggunakan vaksin AttenuvaxTM atau jenis lain. Saya pasti mereka tidak cuba bertanya! Orang kesihatan juga tidak pernah menerangkannya!


[i] Abd Rahman. Ubat daripada sumber babi dan pilihan alternatif. H Science Solution. 2010. P71.
[ii] PriorixTM. International Data Sheet version 4. GlaxoSmithKline Group of Company. 2007.

Tuesday, March 27, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, March 17, 2012

Wanita lamar lelaki amalan terpuji


  
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.

Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.

Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?

Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.

Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.

Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.

“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.

“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.

“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.

Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.

“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.

“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.

“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.

“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

kredit : bhalaqah.blogspot.com

Saturday, March 17, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, March 09, 2012

CAP gesa haramkan lolipop pendafluor


Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan segera penjualan lolipop pendafluor (fluorescent lollipops) memandangkan ia mengandungi bahan-bahan bertoksik.



Dalam satu tinjauan yang dijalankan, CAP mendapati lolipop pendafluor amat digemari oleh kanak-kanak. Lolipop ini menarik perhatian kanak-kanak kerana ia terlekat pada batang plastik yang bersinar. Beberapa orang kanak-kanak yang ditemui berkata kadangkala mereka menyimpan batang tersebut dan menggunakannya untuk tujuan lain. Batang pendafluor itu mengandungi bahan-bahan kimia bertoksik yang boleh ditelan oleh kanak-kanak jika kimia cecair dalam batang itu merembes keluar.



Lolipop pendafluor boleh dibeli dalam kotak berisi 24 batang dengan pelbagai warna pada harga RM6.00 sekotak. Vendor menjualnya kepada kanak-kanak dengan harga 40 sen sebatang. Walaupun tidak diketahui negara asalnya, seorang pemborong memberitahu kami lolipop itu datang dari China. Pada kotaknya terpampang logo Halal yang tidak diluluskan dan mempunyai nama sebuah syarikat.



Selain terdapat di pasar raya mini, lolipop tersebut turut dijual oleh vendor di hadapan sekolah. Kami percaya ia dijual di seluruh negara.



Ujian-ujian yang dijalankan oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan batang plastik lolipop berkenaan mengandungi ftalat dan Poly aromatic carbon (PAH), di mana ftalat bertindak sebagai pelarut untuk PAH. Gabungan kedua-dua bahan kimia tersebut menimbulkan tindak balas oksigenan, menghasilkan sinaran cahaya yang menarik pada batang tersebut.



PAH pada hakikatnya merupakan sejenis bahan kimia yang amat toksik, biasanya digunakan hanya untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia.



Sehubungan dengan keracunan lolipop pendafluor, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan segera penjualan dan pengedaran kandi seumpamanya. Kerajaan juga perlu menyita produk yang sudah berada di pasaran ini.

S.M. Mohamed Idris

Presiden CAP

Friday, March 09, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, March 01, 2012

Bukan Islam dilantik Pemimpin Jemaah Islam?


Written by Nasruddin Hassan  
Khamis, 01 Mac 2012 13:13



Dalil larangan syara' terhadap perlantikan orang bukan Islam dalam kepimpinan jamaah Islam atau ahli mesyuarat utama dan tetap 


1. Larangan mengambil “Bithanah” dari kalangan orang bukan Islam


Firman Allah;


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bithanah(teman kepercayaanmu) dari orang-orang yang bukan dari kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya”. 


(Ali Imran: 118)


Apa makna Bithanah dalam ayat di atas? Dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman, bithanah diterjemahkan sebagai “orang dalam” (yang dipercayai). 


Menurut Tafsir al-Jalalain; Bithanahialah; orang-orang terpilih yang didedahkan rahsia kaum muslimin kepada mereka. 


Menurut Imam ar-Raghib al-Asfahani dalam kitabnya al-Mufradaat; “Bithanatan” maknanya; “Orang-orang yang (mempunyai kedudukan) khusus bagi kamu di mana ia mengetahui secara dalaman urusan-urusan kamu”. 


Berdasarkan huraian Said Hawa, termasuk juga dalam pengertian Bithanah ialah; al-istisyarah(iaitu meminta pandangan atau pendapat)[1]
, al-Istinshah (iaitu meminta nasihat), menjadi penyimpan rahsia dan teman rapat”.[2]



Adapun pengertian “min dunikum” (orang-orang yang bukan dari kalangan kamu), menurut Imam Ibnu Kathir; “orang-orang dari agama selain kamu (yakni orang-orang bukan Islam)”.


Menurut Tafsir al-Jalalain; “Orang-orang yang bukan dari kamu (kaum muslimin) iaitu Yahudi, Nasara dan munafik”. [3]
 
Lebih jelas, Syeikh Said Hawa menerangkan dalam al-Asas fi at-Tafsir; Firman Allah “Min Dunikum” termasuk dalam pengertiannya sekelian penganut agama-agama (selain Islam), orang-orang mulhid dan munafik, serta juga orang yang tergolong dalam ucapan Rasulullah “Laisa minna” (bukan dari kalangan kami)…..[4]
 


Beliau menjelaskan lagi; “Maksud pertama bagi yang demikian itu (yakni “orang-orang yang bukan dari kalangan kamu”) ialah orang-orang kafir ahli Kitab (yakni Yahudi dan Nasara). Jika begitu, maka orang-orang kafir lainnya sudah tentunya lebih utama untuk kita berhati-hati dan (lagipun) tegahan dalam ayat tersebut adalah bersifat umum. 


Maka asas tegahan tersebut ialah ketidakharusan mengambil bithanahdari orang-orang yang bukan dari kalangan kita dan termasuk di dalam pengertiannya orang-orang kafir sekeliannya sama ada ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasara), orang-orang Musyrikin, mulhid serta orang-orang munafik kerana mereka bukan dari kalangan kita….


dan sebagai ihtiyat (*yakni mengambil pendirian yang lebih berhati-hati) kita memasukkan juga dalam pengertiannya orang-orang orang yang dinafikan oleh Rasulullah bahawa ia tergolong dari kalangan kita (yakni kaum muslimin) seperti sabda baginda;


من غشنا فليس منا
“Sesiapa yang menipu kami maka ia bukan dari kami”


من رغب عن سنتي فليس مني


“Sesiapa yang berpaling dari sunnahku, ia bukan dari kalanganku”


من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم 
“Sesiapa tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka”.


ليس منا من دعا إلى عصبية، وليس منا من قاتل على عصبية، وليس منا من مات على عصبية 
“Bukan dari kalangan kami seorang yang mengajak kepada ‘Asabiyyah, bukan dari kalangan kami seorang yang berperang di atas dasar ‘Asabiyyah”.


Beliau (yakni Syeikh Said Hawa) menegaskan; “Orang-orang seumpama mereka hendaklah kita berhati-hati/berjaga-jaga. Maka janganlah kita menjadikan mereka orang-orang yang khusus bagi kita dan janganlah kita mendedahkan rahsia-rahsia kita kepada mereka, mendedahkan kejelikan/keburukan kita (yakni menceritakan masalah-masalah dalaman), menceritakan perancangan-perancangan kita dan bermesyuarat dengan mereka dalam masalah-masalah kita…”5]



2. Larangan memberikan wala' kepada orang bukan Islam


Allah tidak melarang kaum muslimin untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang bukan Islam sebagaimana firmanNya; 
Namun wala' tidak diizinkan Allah untuk diberikan melainkan kepada orang mukmin sahaja. Berbuat baik kepada orang bukan Islam dan berlaku adil kepada mereka tidak harus dicampur adukkan dengan wala'. Al-Birr wa al-Adl adalah hak untuk semua manusia tanpa mengira agama dan pegangan hidup. Adapun wala' hanya khusus untuk orang yang seaqidah sahaja. 


Apa maksud wala'? Dan apa yang terkandung dalam skop wala'?


Di antara ayat Allah yang menyentuh tentang walak ialah;


لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ


“Janganlah orang-orang mu'min mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu)”. 


(Ali Imran: 28)


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?”. 


(an-Nisa’: 144)


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil untuk menjadi wali-wali kamu orang-orang yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi Kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman”. 


(al-Maidah; 57).


إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ ءَاوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلَايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُوا وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلَّا عَلَى قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”. 


(al-Anfal: 72)


وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ


“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma`ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka ta`at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. 


(at-Taubah: 71)


Ayat-ayat di atas menegas satu perkara kepada kita iaitu; larangan menjadikan orang-orang bukan Islam sama ada ahli Kitab (yakni orang-orang Yahudi dan Nasara/Kristian) atau penganut-penganut agama lainnya sebagai wali-wali kita, atau dalam pengertian yang lain, dilarang kita memberi wala’ kita kepada mereka.


Maksud wali secara amnya ialah rakan atau teman khusus yang dipercayai, diberi kesetiaan, diserahkan urusan dan kepimpinan, diambil pandangan atau perdapatnya, diamanahkan menjaga rahsia, diberi pertolongan (tatkala ia memerlukannya) dan dipohon pertolongan darinya (tatkala diperlukan bantuan darinya). Rakan atau teman khusus ini paling utama difahami dalam konteks perjuangan dan jihad kerana ia memiliki implikasi langsung dengan Islam dan masa depan umat Islam.


Syeikh Muhammad as-Shobuni dalam tafsirnya Sofwatu at-Tafasir menghuraikan wala’ kepada orang kafir dengan makna; “Memberi pertolongan kepada mereka, meminta pertolongan dari mereka, bersama-sama mereka dalam saf/barisan dan bergaul-rapat dengan mereka sebagaimana pergaulan dengan kaum muslimin”.[6]



Menurut Syeikh Musthafa al-Khairi; “Terkandung juga dalam makna memberi al-Wala’ kepada orang kafir ialah meminta pertolongan dari mereka dalam peperangan. Sebahagian ulama’ mengharuskannya jika ada keperluan dan diyakini kejujuran mereka…”.[7]



Dalam tafsir al-Qurthubi, Imam al-Qurthubi menaqalkan dari Ibnu Khuwaiz Mindad yang menyatakan; “Ayat ini (*yakni ayat 57 dari surah al-Maidah) sama seperti firman Allah dalam surah al-Maidah (ayat 51) dan Ali Imran (ayat 118) yang terkandung di dalamnya tegahan at-ta’yiid (yakni menguatkan pasukan) dan al-isti’anah (yakni memohon pertolongan/bantuan) dengan orang-orang Musyrikin dan yang seumpama mereka (yakni orang-orang bukan Islam). 


Diriwayatkan dari Jabir r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. hendak keluar ke peperangan Uhud, datang satu kumpulan orang Yahudi dan berkata; ‘Kami ingin keluar berperang bersama kamu’. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab; ‘Sesungguhnya kami tidak akan meminta pertolongan dalam urusan kami dari orang-orang Musyrikin”.[8]

Dan lebih tegas lagi, ada sebahagian ulama’ memasukkan juga dalam pengertian memberi wala’ kepada orang kafir; memberi jawatan kepada mereka dalam bidang/skop yang sepatutnya diisi oleh orang Islam seperti mengambil mereka untuk bekerja atau berkhidmat di diwan-diwan (yang merekod dan menjaga maklumat-maklumat dan rahsia Negara).[9]
 


Hujjah mereka ialah riwayat yang menceritakan celaan Umar terhadap gabenornya di Yaman iaitu Abu Musa al-Asy’ari yang mengambil seorang bukan Islam sebagai pencatat (bagi urusan yang bersangkutan kaum muslimin) dan ia mengarahkan Abu Musa supaya memecatnya.[10]
 (Sila baca riwayat ini di depan nanti bawah tajuk; Tegahan para sahabat
Sebagai penjelasan akhir bagi wala’ ini, kita memetik ulasan Asy-Syahid Syed Qutb dalam kitab tafsirnya yang terkenal “Fi Dzilalil-Quran”;


“Islam tidak menegah orang Islam untuk bermu’amalah (yakni berinteraksi) secara baik dengan orang yang tidak memeranginya kerana agama sekalipun orang itu tidak seagama dengannya. Akan tetapi wala’ adalah suatu yang lain dari bermu’amalah dengan baik itu.[11]
 


Wala’ adalah irtibath (keterikatan), tanashur (saling bantu-membantu) dan tawaaddu (saling kasih-mengasihi). Wala’ ini tidak wujud dalam hati seorang yang benar-benar beriman kepada Allah melainkan untuk diberikan kepada orang-orang beriman yang mempunyai ikatan dengannya kerana Allah, yang tunduk bersamanya kepada manhaj Allah dalam kehidupan dan yang berhukum kepada kitabNya dengan penuh taat, patuh dan berserah[12]
”.


(Fi Dzilalil-Quran, Jil. 1, hlm. 387 (Surah Ali Imran, ayat 28))


3. Larangan Nabi dari melibatkan orang bukan Islam dalam permesyuaratan yang khusus berkait dengan maslahah agama dan kaum muslimin
Sabda Nabi s.a.w.;
لَا تَسْتَضِيئُوا بِنَارِ الْمُشْرِكِينَ 


“Janganlah kamu menumpang cahaya orang-orang Musyrik” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai dari Anas r.a.).
Menurut Imam Ibnu al-Athir dalam kitabnya an-Nihayah fi Gharibil-Hadith; maksud hadis ini ialah;


أي لا تستَشِيُروهم ولا تأْخُذوا آراءهم، جعل الضوءَ مَثلا للرأي عند الحيرة


“Yakni; janganlah kamu bermesyuarat dengan mereka dan janganlah mengambil pandangan-pandangan mereka. Rasulullah menjadikan cahaya sebagai misalan bagi pandangan/pendapat …”.


Menurut Imam al-Hasan al-Basri, maksud hadis tersebut ialah;[13]
“Janganlah kamu bermesyuarat dengan orang-orang musyrikin dalam urusan-urusan kamu”. Dalil bagi tafsiran ini menurut beliau ialah firman Allah;


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bithanah(teman kepercayaanmu) dari orang-orang yang bukan dari kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya”. (Ali Imran: 118)


4. Keengganan Rasulullah s.a.w. untuk menerima penyertaan orang kafir dalam saf jihad


Terdapat riwayat-riwayat hadis menceritakan Rasulullah s.a.w. menolak orang kafir dari menyertai jihad/peperangan bersama pasukan baginda meskipun ketika dalam keadaan gawat (seperti dalam peperangan Badar, Uhud dan Ahzab di mana bilangan tentera Islam amat sedikit). Antara riwayat yang dapat kita kemukakan di sini;
1. Imam Muslim meriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Semasa Rasulullah sedang berjalan bersama tenteta Islam menuju ke Badar, ketika sampai di Harratil-Wabarah seorang lelaki datang menemui baginda. Lelaki itu dikenali sebagai seorang yang kuat dan berani menyebabkan para sahabat berasa gembira apabila melihat kedatangannya. 


Lelaki itu berkata kepada Rasulullah; “Aku datang untuk menyertaimu dan memperolehi habuan rampasan perang bersamamu”. Lalu baginda bertanya kepadanya; “Adakah kamu beriman dengan Allah dan RasulNya”. Ia menjawab; “Tidak”. 


Rasulullah lalu berkata kepadanya; “Pulanglah. Sesungguhnya aku sekali-kali tidak akan meminta bantuan dari seorang musyrik (فَارْجِعْ، فَلَنْ أَسْتَعِينَ بِمُشْرِكٍ )”. Saidatina Aisyah r.a. menceritakan lagi; ‘Kemudian Rasulullah meneruskan perjalanannya, hinggalah tatkala kami singgah berhampiran sebuah pokok, lelaki itu datang lagi dan meminta seperti tadi. 


Rasulullah juga menjawab sebagaimana tadi; “Pulanglah! Aku sekali-kali tidak akan meminta bantuan dari seorang musyrik”. Rasulullah meneruskan lagi perjalanannnya hingga sampai di al-Baida’. Di situ lelaki tersebut datang lagi dan mengulangi permohonannnya itu. Rasulullah bertanya sekali lagi kepadanya; “Adakah kamu beriman kepada Allah dan RasulNya”. Kali ini ia menjawab; “Ya (saya telah beriman)”. Lalu Rasulullah berkata kepadanya: “Ayuh! Bergeraklah (bersama kami)”.


(Lihat; Soheh Muslim, Kitab al-Jihad wa as-Siyar, bab Karahati al-Isti’anah fi al-Ghazwi bi kafirin…)
2. Diriwayatkan dari Jabir r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. hendak keluar ke peperangan Uhud, datang satu kumpulan orang Yahudi dan berkata; ‘Kami ingin keluar berperang bersama kamu’. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab; ‘Sesungguhnya kami tidak akan meminta pertolongan dalam urusan kami dari orang-orang Musyrikin”. 


(Lihat Riwayat ini dalam; Tafsir al-Qurthub, surah al-Maidah, ayat 57).


3. Ibnu Abbas r.a. menceritakan; seorang sahabat iaitu ‘Ubadah bin as-Shomit r.a. mempunyai rakan-rakan dari kalangan orang Yahudi. Semasa peperangan Ahzab, beliau (yakni Ubadah) berkata kepada Nabi s.a.w.; “Wahai Nabi Allah, saya mempunyai rakan-rakan dari orang Yahudi seramai 500 orang dan saya merasakan perlu untuk mengajak mereka keluar bersama saya untuk memerangi musuh. Lalu Allah menurunkan ayat;
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ


“Janganlah orang-orang mu'min mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu'min”. 


(Ali Imran: 28)


(Rujuk riwayat ini dalam Tafsir al-Qurthubi dan juga Rawai’ul Bayan, Syeikh Muhammad Ali as-Shobuni, jil. 1, hlm. 440).


Perhatikan; jika untuk menjadi tentera biasa telahpun ditolak atau dilarang oleh Nabi, maka bagaimana untuk mengambil mereka (yakni orang-orang bukan Islam) bagi mengisi barisan kepimpinan? Sudah tentu ianya lebih dilarang oleh baginda.


4. Tegahan para sahabat terhadap perlantikan orang bukan Islam untuk jawatan yang berkait urusan kaum muslimin


Dalam Tafsir Ibnu Kathir, terdapat riwayat dari Ibnu Abi Dahqanah yang menceritakan; pada zaman Umar r.a., terdapat seorang budak lelaki dari al-Hirah yang memiliki kepandaian menulis, namun ia tidak Islam. Lalu dicadangkan kepada Umar supaya mengambilnya sebagai penulis Negara. Namun umar menjawab; “Jika aku mengambilnya bermakna aku mengambil orang kepercayaan bukan dari kalangan orang-orang beriman”.[14]



Ibnu Kathir mengulas; Athar dari Saidina Umar ini berserta ayat di atas menjadi dalil bahawa tidak harus mengambil ahli zimmah (yakni orang bukan Islam yang menjadi warganegara daulah Islam) untuk bekerja atau bertugas (sebagai pencatat/penulis atau sebagainya) dalam hal-hal dalaman kaum muslimin kerana dibimbangi mereka akan mendedahnya kepada musuh-musuh Islam. Kerana itu Allah berfirman;
لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ
“…mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu”.[15]



Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari ‘Iyadh yang menceritakan bahawa Abu Musa al-Asy’ari melantik seorang Nasrani sebagai pencatatnya. Pada suatu hari, atas suatu urusan ia membawa pencatatnya itu berjumpa Umar. Melihat kebolehan pencatat tersebut, Umar berasa takjub dengannya, lalu Umar memintanya untuk membaca suatu surat yang datang dari Syam yang berada di dalam masjid. Namun Abu Musa menjawab; ‘Ia tidak boleh memasuki masjid (wahai Umar)’. Umar bertanya; ‘Apakah ia berjunub?’. Jawab Abu Musa; ‘Bukan, tetapi kerana ia seorang Nasrani’. Umar lalu memarahi Abu Musa dan menampar pahanya. Kemudian Umar membaca firman Allah;


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ 


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi wali-wali kamu”. (al-Maidah: 51)


(Lihat riwayat ini dalam Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Maidah, ayat 51).


AMALAN RASULULLAH S.A.W. DALAM PENGLIBATAN KERJASAMA DAN PAKATAN DENGAN ORANG BUKAN ISLAM


Menolak perlantikan orang bukan Islam untuk jawatan dalam kepimpinan tertinggi Jamaah tidak bermakna kita menentang segala bentuk pakatan atau kerjasama dengan orang bukan Islam.Jika kita membaca Sirah Nabi –khusus berkenaan interaksi baginda dengan orang bukan Islam- kita akan perhatikan; dalam aspek-aspek tertentu baginda amat bertegas menolak penglibatan orang bukan Islam (iaitu aspek yang berkait dengan bithanah, walak dan sebagainya tadi), namun dalam aspek-aspek lain pula baginda menerima penglibatan mereka, antara contoh yang boleh kita sebutkan ialah;


1. Hilful Fudhul
Nabi pernah bersabda;


لقد شهدتُ في دار عبد الله بن جُدعان حلفاً لو دُعيتُ له في الإسلام لأجبت، تحالفوا أن يردوا الفضول على أهلها، وألاّ يغزوَ ظالمٌ مظلوماً 


“Aku pernah menyaksikan suatu perjanjian di rumah Abdullah bin Jud’an yang seandainya sekarang ini (yakni di masa Islam) jika aku diajak untuk ikut serta dalam perjanjian tersebut pasti aku akan ikut. Mereka berjanji untuk mengembalikan semua hak orang yang teraniaya kepada pemiliknya agar orang yang zalim tidak dapat berbuat sewenang-wenangnya kepada orang lemah” 


(Riwayat Imam al-Humaidi dalam


Dalam riwayat yang dicatatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra, lafaznya;


لَقَدْ شَهِدْتُ فِى دَارِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جُدْعَانَ حِلْفًا مَا أُحِبُّ أَنَّ لِى بِهِ حُمْرَ النَّعَمِ وَلَوِ أُدْعَى بِهِ فِى الإِسْلاَمِ لأَجَبْتُ 


“Sesungguhnya aku pernah menyaksikan satu perjanjian di rumah Abdullah bin Jud’an. Ia lebih aku suka dari unta merah. Jika aku diajak untuk turut sama menyertai persepakatan serupa, nescaya aku akan menyertainya” 


(as-Sunan al-Kubra, Imam al-Baihaqi, hadis no. 13461. Riwayat ini dikemukakan oleh Imam al-Mawardi dalam kitabnya; al-Ahkam al-Sultaniyah).


Perjanjian di atas dikenali dengan Halful-Fudhul iaitu satu persepakatan yang dibuat oleh beberapa pemimpin dari pelbagai Kabilah Quraiysh yang berpengaruh di Mekah untuk menuntut hak dan keadilan bagi orang-orang yang ditindas di Mekah. 


Perjanjian tersebut berlaku 20 tahun sebelum Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul dan Rasul, iaitu pada zaman Jahiliyah. Perhatikan, bagaimana Rasulullah berhasrat menyertai persepakatan yang baginda sendiri tahu bahawa mereka yang terlibat semuanya bukan Islam. Namun oleh kerana isi persepakatan itu sama dengan apa yang dituntut oleh Islam iaitulah keadilan untuk manusia, maka baginda menyokongnya.


2. Piagam Madinah; Kontrak Sosial


Di antara yang pernah dilakukan oleh Nabi ialah mengadakan Mitsaq al-Madinah (Piagam/Perjanjian Madinah) sebaik baginda tiba di Madinah selepas hijrahnya. Perjanjian/Piagam ini tidak hanya membabitkan orang Islam (Ansar dan Muhajirin), tetapi juga membabitkan orang-orang bukan Islam yang tinggal di Madinah (khususnya golongan Yahudi). Di antara nas yang terkandung dalam piagam tersebut;


“Bahawa orang Yahudi yang menyertai kita mereka mendapat pertolongan dan bimbingan tanpa dizalimi dan tidak boleh ada pakatan yang tidak baik terhadap mereka” 


(nas ke 16. Rujukan; Fiqh al-Harakah, Tn Guru Hj Abdul Hadi, jilid 2, halaman 23).


“Bahawa kaum-kaum Yahudi (dari bani Auf, Bani an-Najjar dan sebagainya) adalah satu umat (warganegara) bersama-sama kaum mukminin. Bagi mereka kebebasan menganut agama mereka dan bagi kaum muslimin agama mereka sendiri. Hak ini meliputi orang-orang yang bersekutu dengan mereka dan untuk diri mereka sendiri, kecuali terhadap orang yang berbuat zalim dan melakukan dosa, maka akibat perbuatannya tidak menimpa melainkan dirinya sendiri dan keluarganya” 


(nas ke 25, kitab yang sama, halaman 23).


3. Nabi menerima perlindungan dari orang bukan Islam


Kisah yang masyhur ialah; Nabi menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Thalib yang tidak pernah masuk Islam, memerintahkan golongan mustadh’afin berhijrah ke Habsyah untuk berlindung di bawah pemerintah Najasyi (seorang raja Kristian yang belum memeluk Islam ketika itu, tetapi terkenal dengan sikap adilnya), baginda menerima perlindungan Mat’am bin ‘Adiy ketika pulang dari Taif dan baginda mengizinkan Abu Bakar untuk menerima perlindungan yang ditawarkan oleh Ibnu Daghnah (seorang pemimpin Mekah yang bersimpati dengan Abu Bakar, tetapi tidak memeluk Islam). 


(Rujuk; Fiqh a-Harakah, Tn Guru Hj Hadi, jilid 1, halaman 142-145).


4. Mengadakan perjanjian Hudaibiyah dengan Musyrikin Quraiysh
Berlaku pada tahun ke 6 hijrah (bulan Dzul Qaedah); perjanjian perdamaian di antara Rasulullah dan Quraiysh Mekah. Antara isi utama perjanjian ialah; gencatan senjata selama 10 tahun 


(Rujuk; Fiqh a-Harakah, Tn Guru Hj Hadi, jilid 2, halaman 240).


5. Nabi menjalankan mu’amalah dengan orang bukan Islam
Telah sabit dengan nas yang soheh bahawa Nabi pernah melakukan hal berikut;


a) Menerima hadiah dari orang bukan Islam
b) Meminjam wang dari orang bukan Islam dengan menggadaikan baju besinya.
c) Menziarahi orang bukan Islam yang sakit.
d) Bangun menghormati jenazah orang bukan Islam yang dibawa lalu di hadapannya.


6. Saranan al-Quran dan as-Sunnah supaya kaum muslimin berbuat baik dan berlaku adil kepada orang bukan Islam dan memelihara hak mereka


"Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam" 


(al-Anbiya', ayat 107).


"Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil (kepada orang-orang bukan Islam) yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengusir kamu dari tanah air kamu. Allah mengasihi orang-orang yang berlalu adil" 


(Surah al-Mumtahanah, ayat 8). 


“Dan jika mereka berdua (yakni ibu dan bapa) mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik…” 


(Surah Luqman, ayat 15)


Diceritakan dalam hadis bahawa Asma’ binti Abu Bakar, tatkala datang kepadanya ibunya yang masih kafir (musyrik) untuk mengikat hubungan, ia (yakni Asma’) bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, perlukah aku mengikat hubungan dengan ibuku itu?”. Nabi menjawab; “Ikatlah hubungan dengannya”. 


(HR Imam al-Bukhari dan Muslim)


CADANGAN
Melihat kepada amalan Rasulullah di atas, saya mencadangkan;


1. Aspek-aspek dalam jamaah yang ada kaitan dengan persoalan bithanah dan wala' (antaranya soal kepimpinan tertinggi, ahli permesyuaratan atau majlis Syura, keanggotaan jamaah, dalam menentukan halatuju jamaah dan sebagainya) tidak perlu dilibatkan orang bukan Islam. Ia hendaklah khusus kepada orang beriman sahaja sebagai mengambil contoh dan tauladan dari amalan Nabi tadi.


2. Aspek-aspek yang membabitkan hak rakyat, keadilan, kesamarataan, membenteras penyelewengan, mencari alternative pemerintahan terbaik dan sebagainya; inilah ruang yang terbuka luas untuk kita mengadakan kerjasama dan pakatan dengan sesiapa sahaja yang memperjuangkan hak dan keadilan termasuk dengan orang bukan Islam selagi tidak melanggar batasan Syariat (al-Quran dan as-Sunnah).


3. Kesimpulannya; tidak usahlah kita membuka kepimpinan Jamaah kepada orang bukan Islam kerana ia bercanggah dengan ayat-ayat walak dan bithanah tadi, sebaliknya kita mengeratkan kerjasama dan pakatan dengan mereka dalam mewujudkan amalan politik dan pemerintahan yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia. 


PAS mesti dikekalkan sebagai Parti yang 100% berjiwa dan berwajah Islam (dalaman dan luarannya) dan pada masa yang sama ia membuka ruang ta’awun (kerjasama) dan tahaluf (pakatan) yang seluas-luasnya dengan siapa sahaja yang memperjuangkan keadilan selagi tidak melanggari Syariat.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 01, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog